Mari Berkongsi Impian Dan Harapan

Tuesday, April 28, 2009

Keluar dari PKR

Sesuatu yang amat mendukacitakan kita bilamana disaat-saat kita berjuang untuk mempertahankan dan merebut kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya, masih ada ahli-ahli parti yang sanggup keluar dan mencemarkan nama baik Parti KeADILan Rakyat.

AMK Padang Serai mengambil ketetapan untuk berdiri teguh di belakang pucuk pimpinan yang sedia ada dan akur akan segala keputusan yang telah dibuat demi untuk memperkasakan perjuangan Parti KeADILan Rakyat.

AMK Padang Serai juga menyeru agar semua ahli baik di Bahagian Padang Serai dan seluruh Malaysia amnya bersatu dan menentang segala gejala yang tidak bermoral ini.

AMK Padang Serai juga menolak sebarang tindakan mementingkan diri sendiri dikalangan ahli-ahli yang sedia ada. Maka ahli-ahli diseru untuk membawa ke meja rundingan agar segala permasalahan dapat diatasi.

Ayuh !!! perkukuhkan iltizam... kerana dihadapan pintu kejayaan sedang menanti kita semua...


Monday, April 27, 2009

Penanti Dipertahankan

Kemenangan demi kemenangan berada dalam genggaman Pakatan Rakyat. Walaupun sedikit ke"luka"an di Batang Ai, PKR akan menghadapi lagi satu pertempuran di 'bukit' Penanti selepas kejayaan di Bukit Selambau awal bulan ini.

Seluruh jentera,ahli dan penyokong digesa untuk memberi tumpuan kepada peperangan yang bakal dihadapi ini. Tidak ada yang mudah bagi kita seandainya kita tidak berusaha !!! Jangan dianggap kemenangan yang lalu membolehkan kita "rehat" dari perjuangan...

Semangat perjuangan dan dasar meletakkan perjuangan rakyat haruslah diletakan dihadapan berbanding mana-mana perkara. Medan ini akan menguji kesungguhan kita dalam menjalankan tanggungjawab terhadap parti,sebelum kita mempersoal apa yang parti boleh berikan kepada kita.

Seluruh ahli dan pendokong parti akan diuji tahap kesungguhan dalam menjulang parti dalam PRK Penanti pada bulan hadapan. Apatah lagi bahagian Parimen Padang Serai bersempadanan dengan DUN Penanti.

AMK Padang Serai sekali lagi bersedia memikul segala amanah dan tanggungjawab yang akan diberikan.

Thursday, April 23, 2009

JEMPUTAN KE KENDURI RAKYAT

Saya ingin menjemput semua teman-teman, tanpa mengira kaum, perbezaan fahaman politik mahupun agama untuk menghadiri satu majlis Khenduri Kesyukuran Rakyat anjuran Angkatan Muda Keadilan Kedah, Yayasan Aman dan Majlis Tindakan DUN PAS Bukit Selambau yang bertempat di perkarangan pejabat Yayasan Aman Kedah, Sungai Lalang (Bilik Gerakan AMK Kedah semasa PRK lalu) pada 24hb April ini, Jumaat, mulai jam 8 malam.

Majlis khenduri kesyukuran ini dibuat sebagai tanda terimakasih serta bagi meraikan semua petugas2 dan penyokong2 Pakatan Rakyat yang banyak membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat semasa pilihanraya kecil N25 Bukit Selambau.

Majlis yang berkonsepkan muhibbah pelbagai bangsa ini ada turut menyajikan kira2 30 jenis pelbagai juadah dari kesemua etnik bangsa utama di Kedah, iaitu Melayu, Cina, India dan Siam yang dibuat secara bergotong royong dan sumbangan bersama semua kaum bagi menunjukkan bahawa perpaduan dan keharmonian sebenar antara kaum lebih mampu dicapai dan digarap di negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Saya menjemput semua untuk hadir ke majlis ini yang akan dijadikan sebagai satu tradisi baru bagi membina perpaduan dan keharmonian tulen dikalangan rakyat, terutamanya untuk generasi akan datang.
Jom, mai ramai-ramai

KETUA AMK KEDAH
SAIFUL IZHAM RAMLI

Wednesday, April 22, 2009

KDN RAMPAS SUARAKEADILAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) didakwa masih merampas akhbar PKR Suara Keadilan dan mengugut pengedarnya walaupun perdana menteri telah menarik balik penggantungannya awal bulan ini.
Pagi ini, seorang pengedarnya mengadu penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran kementerian itu merampas edisi terbaru mingguan tersebut di beberapa premis di Selayang dan Gombak, Selangor
Sementara seorang lagi pengedar mendakwa menerima aduan daripada beberapa penjual bahawa KDN juga melakukan rampasan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Menurut satu kenyataan Suara Keadilan hari ini, tindakan sama juga dilaporkan di beberapa tempat lain di seluruh negara.
“Dalam rampasan itu, KDN tidak menyatakan alasan secara khusus (alasan tindakannya) melainkan menyatakan bahawa penerbitan Suara Keadilan menyalahi Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (pindaan 1987).
“Beberapa pembaca juga menghubungi pihak kami dan melaporkan para penjual akhbar di Rawang dan Taman Melawati (Ulu Kelang) kini terpaksa menjual Suara Keadilan secara sembunyi-sembunyi (di bawah meja) akibat ugutan daripada KDN,” kenyataan sidang pengarang akhbar pembangkang itu dipetik

Sunday, April 12, 2009

Satu lagi mangsa polis: Ibu tidak percaya anak minum racun

KUALA LUMPUR, 11 APRIL (SK) - Tidak sampai lima bulan kes kematian yang melibatkan pemuda dalam lokap berlaku di Selangor, kini satu lagi peristiwa hitam berlaku yang memburukan nama polis.
Hari ini, seorang ibu tampil membuat laporan polis berhubung keganasan yang dilakukan keatas anaknya ketika ditahan didalam lokap sehingga mengakibatkan anaknya dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dalam laporan polis hari ini, ibu kepada mangsa, Jiknah Harun meminta agar pihak polis menyiasat dan mengenal pasti punca anaknya, Adi Anwar Mansor yang ditahan pada 7 April lalu dimasukan ke ICU.
Adi dimasukan ke ICU dipercayai diberi minum pelarut hingga menyebabkan dia koma ketika ditahan di dalam lokap berkenaan.

“Apa yang menyebabkan anak saya minum pelarut dan tidak mungkin dia akan minum secara sukarela,” katanya kepada Suara Keadilan ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah Klang pagi ini.
Selain itu, ibu itu juga mempersoalkan tindakan polis yang tidak menghantar anaknya segera ke hospital ketika beliau mendapat kecederaan akibat dipukul oleh polis.
“Saya juga tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi oleh OCPD (Ketua Polis Daerah) Klang bahawa anak saya menerima kecederaan disebabkan pergelutan.”
“Jika benar, kenapa dia tidak dibawa ke hospital dengan segera? Tetapi sebaliknya dibawa ke hospital selepas meminum thinner (pelarut),” katanya lagi.
Adi, bapa kepada seorang bayi yang berusia tiga bulan, ditahan di Jalan Kebun dan dikatakan melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah.

Mangsa berkenaan dikeluarkan dari ICU dua hari kemudian dan sehingga kini beliau masih lagi berada di wad serta dalam keadaan bergari.
Jiknah juga berkata, Adi telah bercerita kepadanya mengenai bagaimana beliau dipukul oleh polis bukan sahaja didalam balai malah ketika didalam kereta menuju ke balai polis.
“Adi memberitahu saya bahawa dia ditendang dibahagian belakang, dipukul di bahagian kepala dan dipukul dengan hos getah sehingga tidak tahan dengan kesakitan,” katanya lagi.

Keadaan sudah terdesak, Tubuhkan IPCMC segera

Sementara itu KETUA Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta agar Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) disegerakan kewujudanya.
Menurutnya, sehingga kini banyak kejadian yang telah berlaku dan nampaknya tidak ada jalan penyelesaian terhadap insiden-insiden yang dilakukan oleh anggota polis.
“Selepas empat bulan kes Kugan, kita dikejutkan lagi dengan kes Adi Anwar yang dicurigai dilakukan oleh polis, dalam keadaan kini adalah terdesak dan IPCMC harus dikejutkan semula,” katanya ketika ditemui untuk menemani keluarga Adi Anwar membuat laporan polis.
Pagi ini, kira-kira 50 orang berkumpul di hadapan IPD Klang untuk membantah tindakan polis melakukan kekejaman keatas Adi Anwar.

Kata beliau lagi Najib Tun Razak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri harus mewujudkan IPCMC bagi menunjukan komitmen beliau yang membawa pembaharuan.
“Kalau betul mahu bawa perbezaan dan pembaharuan, Najib harus tubuhkan IPCMC untuk memastikan perkara ini tidak berlaku sekali lagi,” katanya lagi
Sementara itu Ketua Angkatan Muda Selangor Khairul Anuar Zainuddin meminta agar Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar meletakan jawatan.

Jelasnya, Ketua Polis itu gagal melakukan tugas dengan baik sehingga dua kejadian dalam lokap berlaku dibawah pentadbiranya kurang dari lima bulan.
“Bulan Januari, kita dikejutkan dengan kematian Kugan, dan sekarang pula Adi Anwar, kami menuntut agar Khalid meletakan jawatan,” katanya kepada Suara Keadilan.

Wednesday, April 1, 2009

Pengundi hantu terus bermaharajalela

Terbaru AMK telah mengesan sejumlah pengundi hantu didalam senarai pemilih terkini pengundi DUN Bkt.Selambau.Kawasan yang paling kritikal ialah Taman Bandar Bharu yang mempunyai senarai paling meragukan.Sebanyak lebih 2300 pengundi diragui,ini kerana terdapat beberapa buah rumah mempunyai lebih 60 pengundi dalam satu rumah dan berlainan bangsa.banyak lagi penipuan akan didedahkan selepas ini.Kerja mengesan ini diketuai oleh timbalan AMK Malaysia Saudara Faris Bin Musa.

Memorandum akan diserahkan kepada SPR sehari dua lagi.Kita juga akan membuat laporan polis berhubung perkara ini walaupun semua laporan kita selama ini dilempar kedalam tong sampah balai.

Mengambil kesempata ini saya merayu supaya pihak polis lebih bersikap adil dan tidak berat sebelah didalam mengendalikan PRK Bkt. Selambau.