Mari Berkongsi Impian Dan Harapan

Wednesday, May 27, 2009

Pusat Khidmat ADUN Lunas - Temuduga Terbuka

Adalah dimaklumkan Pusat Khidmat ADUN Lunas dengan kerjasama Kulim Protect Engineering akan mengadakan temuduga terbuka :-



Peta Lokasi :-




Angkatan Muda KeADILan Bahagian Padang Serai melihat ianya satu inisiatif yang amat baik yang telah diperlihatkan oleh Pusat Khidmat ADUN Lunas untuk mengurangkan jurang kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

Angkatan Muda KeADILan juga menyeru agar diwarkan-warkan kepada ahli-ahli parti yang memerlukan kerja agar merebut peluang yang ditawarkan.

Semoga usaha yang baik ini dapat diteruskan..

Syabas !!!

Wednesday, May 20, 2009

Pengumuman - AJK AMK Bahagian Padang Serai

1. Program Forum Calon ~ TV Antara.

Diminta semua AJK AMK Bahagian Padang Serai menghadirkan diri :-

- Tempat - Yayasan Aman, Penanti.
- Tarikh - 20hb Mei 2009.
- Masa - 8:00 mlm.

Tugasan ~ Membantu gerakerja pemantauan dan keselamatan Calon PKR untuk majlis dialog.


2. Mesyuarat AJK AMK Bahagian Padang Serai.

Butir-butir mesyuarat adalah seperti berikut :-

- Tarikh - 23hb Mei 2009
- Tempat - Pejabat Pusat Khidmat ADUN, Jalan Paya Besar, Lunas, Kedah.
- Masa - 9:15 mlm.

Agenda Mesyuarat :-

a) Pilihanraya Penanti.
b) Gerakerja dan aktiviti AMK Bahagian Padang Serai.
c) Lain-lain hal.

Semua AJK AMK Bahagian Padang Serai diwajibkan hadir.



Nik Hafiz Nik Mohd Nor
Setiausaha
AMK Bahagian Padang Serai.
Tel : 012-494 8397
email: amkpdgserai@gmail.com

Wednesday, May 13, 2009

Pemeriksaan Kesihatan Percuma Anjuran WPKRPS

Wanita Parti KeADILan Rakyat Bahagian Padang Serai akan menganjurkan satu program pemeriksaan kesihatan percuma :-

Tema : Aku & Kesihatan

Tempat :

Dewan Serbaguna Kelang Lama,
Kelang Lama,
Kulim,
Kedah.

Tarikh : 16hb Mei 2009 (Sabtu)

Masa : 9:00 pagi ~ 12:00 tengahari

Atucara Program :-

- 9:00 pagi ~ Pendaftaran.

- 9:30 pagi ~ Derma Darah.

- 10:30 pagi ~ Perasmian.

- 11:00 pagi ~ Kaunseling / Cabutan Bertuah.

- 12:00 tengahari ~ Penutup / Tamat.

Seluruh warga / rakyat Padang Serai dijemput.

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Ibu… ibu....
Engkau lah ratu hidupku…..
Bila ku berduka…
Engkau hiburkan selalu…


Terima kasih kepada ibu-ibu yang melahirkan pejuang bangsa… pembela negara.. mereka lah pendidik dan membentuk sifat-sifat yang ada dan diperturunkan kepada kita.
Hari ini 10hb Mei 2009.. adalah hari untuk ibu-ibu diseluruh dunia diraikan.. dihargai dan diiktiraf jasa dan pengorbanan mereka…

Walau di mana atau siapa pun kita ingatan kepada ibu perlulah sentiasa segar dalam ingatan, tidak kiralah samada mereka masih bersama kita atau sudah tiada..

Ibu-ibulah yang membimbing dan mendidik kita dengan kasih sayang… sedari kecil kita dibelai mesra tanpa sebarang suruhan maupun paksaan… itu lah keihklasan yang lahir dan dipancarkan segala nikmat melaluinya untuk kita semua…

AMK Bahagian Padang Serai amat-amat berterima kasih dan bersyukur kerana dapat mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu yang melahirkan pejuang-pejuang kebanggaan kita..

AMK Bahagian Padang Serai juga menyeru agar semua ahli dan seluruh golongan masyarakat agar kembali merenung dalam diri sendiri… melihat dan memahami segala aspek dan nilai-nilai murni yang perlu dicontohi dari semua para ibu sebagai pembimbing dan azimat untuk meneruskan perjuangan dan agenda Parti KeADILan Rakyat…

AMK Bahagian Padang Serai sememangnya berbangga dan kagum dengan seorang ibu, isteri dan wanita yang berhati waja iaitu Presiden Parti KeADILan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kita kenali dengan semangat juang yang tinggi… Tidak dapat sama sekali kita sangkal akan jalan yang dirintis oleh beliau telah menyatukan kita semua… dan kita dirapatkan sebagai satu keluarga besar yang saling hormat menghormati antara satu sama lain…

Walaupun begitu perlulah diingat bahawa menghargai ibu bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Islam mewajibkan kita mentaati dan menghormati ibubapa kita pada setiap masa berdasarkan firman Allah :-


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).


Selamat Hari Ibu……..

Saturday, May 9, 2009

Mesyuarat PKR Bahagian Padang Serai

Setelah kerusi Ketua Bahagian PKR Bahagian Padang Serai dikosongkan lebih sebulan yang lalu oleh Cikgu Hamid Bin Othman, PKR Bahagian Serai masih meneruskan aktiviti dan mesyuarat bulanan seperti biasa.

Mesyuarat kali ini di pengerusikan oleh Saudara Jamarudin Bin Abu Hassan (Timbalan Ketua Bahagian) yang telah memangku jawatan sebagai Ketua Bahagian PKR Padang Serai.

Ianya telah diadakan pada :-

Tarikh : 8hb Mei 2009
Masa : 9:00 mlm
Tempat : Pejabat Pusat Khidmat ADUN Lunas

Beberapa wakil AMK Bahagian Padang Serai yang diketuai oleh Saudara Hazim Bin Selimin turut serta didalam mesyuarat kali ini dan yang lebih memberangsangkan
bilamana MKK PKR Bahagian Padang Serai turut dijemput bersama-sama untuk melihat dan mengikuti perkembangan semasa PKR Bahagian Padang Serai.

YB N. Gobalakhrisnan (Ahli Parlimen Padang Serai) turut bersama-sama didalam mesyuarat kali ini dan telah berkongsi maklumat-maklumat terkini serta persediaan
untuk menghadapi PRK DUN Penanti.

AMK Bahagian Padang Serai melihat dan akan memberi sokongan padu kepada pemangku Ketua Bahagian PKR Bahagian Padang Serai iaitu Saudara Jamarudin Bin Abu Hassan untuk memartabatkan kembali maruah yang sedikit tercalar suatu ketika dahulu.

AMK Bahagian Padang Serai juga menyeru agar semua ahli PKR Bahagian Padang Serai terus memberikan sokongan padu kepada PKR Bahagian Padang Serai dan juga sentiasa bersedia untuk berganding bahu didalam program-program yang akan diadakan.

Semoga usaha yang baik dan keharmonian yang ditunjukkan didalam mesyuarat tersebut dapat dikekal dan dipertingkatkan.....

Friday, May 8, 2009

Amanah yang Dipikul

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada persediaan pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia, (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”.
(Al-Ahzab: 72)


Berat mata memandang... berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang kadangkala tidak difahami oleh mereka-mereka yang hanya tahu mengkritik dan melihat dengan sebelah mata.

Seringkali jua pemegang amanah dilemparkan dengan kata-kata nista, cerca dan diperlecehkan gara-gara tidak dapat memenuhi hati dan kehendak kelompok yang tertentu.

Bertalu-talu serangan dilakukan .. samada kepada individu ataupun kepada kumpulan atas dasar sedikit ketidakmampuan untuk melaksanakan tugasan tersebut didalam jangkawaktu yang diingini.

AMK Padang Serai melihat dan memandang fenomena ini dari sudut yang positif... kerana itu adalah mengambarkan hasrat dan pengharapan yang diberikan oleh ahli-ahli parti dan orang ramai terhadap Parti KeADILan Rakyat dan Pakatan Rakyat amnya.

Oleh itu seluruh AJK AMK Padang Serai dan ahli diseru untuk lebih berdedikasi, proaktif dan amanah. Disamping itu sentiasa berada didalam semangat juang yang tinggi,

AMK Padang Serai telah membuktikan akan pencapaian dan rekod yang amat baik apabila melibatkan diri didalam program-program besar seperti PRK Permatang Pauh dan PRK Bukit Selambau.

Pengiktirafan secara tidak formal baik dari peringkat PKR Bahagian Padang Serai, AMK Kedah, PKR Negeri dan PKR Pusat telah membuka minda dan meningkatkan semangat AMK Padang Serai untuk terus berada di barisan hadapan apabila diperlukan.

AMK Padang Serai sekali lagi menyeru agar semangat setiakawan dikalangan ahli terus dipupuk dan dipertahankan. Sebarang gejala yang tidak sihat mampu meruntuhkan institusi yang semakin mendapat tempat di hati pelbagai lapisan masyarakat.

Amanah yang diberikan kepada AMK Padang Serai akan dipikul dan dijunjung sebaik mungkin untuk memartabatkan maruah Parti KeADILan Rakyat dan Pakatan Rakyat.

Wednesday, May 6, 2009

Kawan ~ Suatu Coretan Untuk Dikongsi

Perjalanan ini
Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan…


Andaikata aku, engkau, kita ataupun mereka yang bergelar pejuang.. amat-amatlah menyedihkan bilamana kita gagal untuk mengerti ataupun untuk dimengertikan tentang hubungan sesama insan...

Perjalanan seorang pejuang penuh suka dan duka.. dijulang pabila kejayaan didalam genggaman.. namun berjuta kekesalan dan nista yang dilemparkan bilamana hanya tercoret sedikit lakaran yang tidak diingini terhidang...

Banyak cerita sedih dan luka yang semestinya jarang dapat dikongsi bersama.. apatah lagi apabila kesilapan yang bukan miliknya terus menerus dijadikan sebagai satu sandaran. Dimanakah kamu wahai insan yang bernama kawan.

Segala persengketaan semakin melemahkan kita... ikatan antara hati semakin terungkai... lupakah kita pada ikrar dan persetiaan ? Adakah kita hanya mahu menerima hukuman tanpa kita berusaha kembali kepangkal jalan ? Adakah tiada sedikit cita-cita disanubari untuk memandu kita mengikat kembali sifat-sifat persaudaraan ?


Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang



Kembali lah sebelum kita dimurkai dan dihukum.....

Tuesday, May 5, 2009

Mampukah Kita Bersabar ?

Sungguh kita beruntung dalam kehidupan ini, kerana kita diberi masa untuk dibazirkan begitu sahaja.. namun tidak pernah kita kisahkan akan masa-masa yang berlalu pergi..

Kita masih disini… masih mampu meluangkan masa untuk melakukan keburukan.. terjahan, ejekan, nista, caci, maki, hamun serta fitnah dan tidak sama sekali kita dimengertikan akan perilaku tersebut sebenarnya membawa kita ke neraka …

Kita sebenarnya lebih beruntung andaikata kita mampu bersyukur dalam melihat dan menilai perkara-perkara yang baik-baik dan sentiasa berusaha menyeru dan bersama dengan kebaikan..

Hilangnya dan kecundangnya sifat yang bernama “sabar” didalam diri kita akan menyebabkan kita semakin lupa akan erti kasih sayang… erti kecintaan… dan keharmonian didalam kehidupan.

Kerana kurangnya sifat sabar jualah sengketa didalam jiwa diterjemah dengan penuh prasangka yang akhirnya merugikan diri kita sendiri…

Kita sebenarnya dicipta dengan penuh keajaiban… penuh sifat kasih sayang dan penuh dengan kemuliaan… namun diperjalanan kita… sifat sabar terhapus dan tersisa.. akhirnya itulah kita …

Mampukah kita bersabar.. lupakan sedikit sengketa.. kerana “pejuang” bukan harus dinoktahkan oleh kegopohan dan kegilaan diri sendiri…

Monday, May 4, 2009

Anak Muda & Perjuangan

Apabila dikenang peristiwa lampau.. segala kekusutan dan kekalutan telah menjadi hidangan yang semestinya ditelan dengan seluruh paksaan. Tanpa upaya dan kudrat yang dipenjara, hanya jiwa yang masih menggunung mengharapkan lahirnya pejuang yang berhati mulia...

Anak-anak muda hari ini.. lahirnya dari idealisma ikhlas, murni dan penuh iltizam.. mengharapkan jalan yang terang mengiringi perjuangan merentas sempadan kekusutan dan kekalutan.

Hari ini anak-anak muda semakin mengerti tentang apa yang diingini dan corak perjuangan yang perlu ditelusuri... lahirnya bergenerasi pemimpin bersilih ganti..

Anak-anak muda hari ini amat-amat berharap agar PKR dan Pakatan Rakyat amnya terus mencorak dan menterjemahkan segala bentuk demi pembaharuan Malaysia.

Ayuh pejuang-pejuang tunjukkan jalan untuk kami... bawalah kami bersama kerana kami tidak mahu leka diperbodohkan dan dikecewakan oleh mereka-mereka perosak negara.

AMK Padang Serai menyahut dan bersedia untuk bersama-sama dan terus mara walaupun berbagai halangan dan rintangan datang tanpa diundang...

Kepada mereka-mereka yang diluar sama.. yang masih sayangkan perjuangan, hampirilah kami kerana kami memerlukan sokongan dan bantuan demi sebuah perjuangan.

Anak Muda & Perjuangan adalah suatu kisah perjalanan dan AMK Padang Serai adalah sebahagian catatan untuk melengkapkan kejayaan kearah pembaharuan.