Mari Berkongsi Impian Dan Harapan

Wednesday, August 6, 2008

Strategi Jahat BN.

Assalamualaikum,Salam sejahtera.
Dikala semua membincangkan pilihanraya kecil Ptg.Pauh,masih terdapat segelintir manusia dari kalangan kita yang masih meletakan kepentingan peribadi drp kepentingan parti.Pelbagai perkara telah mereka rancangkan termasuk mengistihar keluar parti dan menyertai BN ketika kempen Pilihanraya kecil Ptg Pauh sedang berlangsung.Amatlah mendukacitakan sekiranya pekara ini berlaku semata berteraskan dendam dan meterial.Walaupun perkara ini belum berlaku ttp sekiranya tidak diatasi segera akan membawa masalah kpd agenda Ptg.Pauh.Saya percaya perkara ini telah sampai ke pengetahuan pimpinan tertinggi,kami AMK bahagian berharap perkara ini tidak berlaku.
Mereka ini bukanlah terdiri daripada mereka yang baru menyertai perjuangan ini,tetapi telah lama berjuang menegakan keadilan dan telah memberikan komitmen yang baik selama ini,Ttp entah serangga apa yang telah masuk telinga2 mereka ini hinggakan pohon tanaman mereka yang disiram selama ini sanggup diracun.
Saya berharap kepada sesiapa yang berniat atau yang seangkatan dengan nya,bertaubatlah,Letih kawan2 berjuang selama ini.Kesianlah kepada DSAI,Semua pejuang mengalami nasalah kewangan,dan ada yang telah hancur rumahtangga kerana perjuangan.Janaganlah kerana ban pasir, jawatan GLC dan tak sependapat dengan kerajaan negeri PR sanggup melakukan apa saja,Janganlah kerana nyamuk kelambu dibakar.Kita semua manusia ada kelebihan dan kelemahan.tetapi jgnlah biarkan kelemahan mengatasi segalanya.Yang baik dari Allah dan yang buruk dari mereka yang gagal mengawal nafsu.