Kedah mengesahkan kejaguhannya di arena bola sepak negara walaupun tanpa dua tonggak import dengan mempertahankan Piala FA selepas menundukkan Selangor 3-2 dalam perlawanan sengit akhir edisi ke-19 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Barisan bimbingan Azraai Khor Abdullah itu berjaya membawa kembali trofi persaingan kalah mati kebangsaan ini menerusi jaringan Fadly Baharom, Khyril Muhymeen Zambri dan Syafiq Jamal pada minit pertama, m-32 dan m-50 masing-masing sekali gus merapati cita-cita mengulangi pencapaian tiga gelaran seperti 2007 selepas menjuarai Liga Super, Mei lalu.
Di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan kira-kira 50,000 penonton di tempat lawan yang tidak terjejas dengan kehangatan Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2008 dan harga tiket yang didakwa agak mahal, Kenari berjaya menghampakan Gergasi Merah.
Dua gol Selangor dijaringkan gol Amirul Hadi Zainal (m-13) dan penyerang import dari Liberia, Frank Seator (m-70) menerusi sepakan penalti.Tahniah diucapkan kepada pasukan KEDAH..pulun kedah pulun....hidup rakyat!
Mari Berkongsi Impian Dan Harapan
Sunday, June 22, 2008
Tuesday, June 17, 2008
PROTES

GERAM di tubuhkan hasil daripada gabungan angkatan muda keadilan(AMK)dewan pemuda pas(DPP),pemuda sosialis DAP dan IKRAR.Sebagai anak muda kita perlu rasa marah dengan kenaikan harga minyak yang melampau oleh kerajaan BARISAN NASIONAL.Mesej orang muda jelas dengan tindakan menaikkan harga minyak iaitu tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan tindakan ini.Oleh itu ayuh semua anak muda kita turun berdemontrasi di KUALA LUMPUR pada 5 july 2008 bertempat di menara PETRONAS jam 3 petang.HIDUP RAKYAT!
BANDINGKAN
UAE– RM1.19/litreEygpt– RM1.03/litreBahrain– RM0.87/litreQatar– RM0.68/litreKuwait– RM0.67/litreSaudi Arabia– RM0.38/litreIran– RM0.35/litreNigeria– RM0.32/litreTurkmenistan– RM0.25/litreVenezuela– RM0.16/litreMALAYSIA– RM2.70/litre
Friday, June 6, 2008
PETROL
Saturday, May 17, 2008
TAHNIAH
Kami di AMK PADANG SERAI mengucapkan TAHNIAH kepada individu2 yang dilantik menjadi KETUA PEMUDA di peringkat negeri2,walaupun ada beberapa negeri ketua pemudanya di kekalkan diharap kepada semua yang di lantik dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang di berikan supaya dapat memimpin golongan pemuda di dalam PARTI KEADILAN RAKYAT.Tahniah juga di ucapkan kepada KETUA AMK PUSAT saudara SYAMSUL ISKANDAR kerana memimpin pemuda di dalam PARTI KEADILAN RAKYAT dengan jayanya.
Saturday, April 12, 2008
BLACK 14

Pidato pertama DATO SERI ANWAR IBRAHIM selepas pilihanraya akan di adakan pada 14 hb APRIL 2008,bertempat di KELAB SULTAN SULAIMAN,KG BARU .Program pada hari tersebut bertujuan untuk mengenang kembali peristiwa black 14 iaitu tarikh DATO SERI ANWAR IBRAHIM di jatuhkan hukuman penjara 6 tahun,dalam pada itu juga pada 14 hb APRIL 2008 ini telah berakhirnya tempoh sekatan untuk berpolitik keatas DATO SERI ANWAR IBRAHIM.Maka pada 15hb APRIL 2008 DATO SERI ANWAR IBRAHIM telah kembali ke persada politik tanah air.Pada malam 14 hb APRIL tersebut semua pimpinan parti akan hadir dan semua rakyat MALAYSIA di jemput hadir ke program tersebt.
Tuesday, April 8, 2008
TERIMA KASIH
Progaram CERAMAH PERDANA berjalan lancar dengan jayanya,Terima kasih di ucapkan kepada para petugas yang bertungkus lumus dari petang hingga ke program tamat sekitar jam 11.30 malam.Di dalam program ceramah perdana tersebut AHLI PARLIMEN PADANG SERAI YANG BERHORMAT GOBALAKRISNAN telah mengalungkan bunga malai kepada 15 orang petugas semasa pilihanraya baru2 ini,mereka 15 orang mewakili masyarakat dan UPU(UNIT PETI UNDI)sekitar padang serai di atas kesungguhan memenangkan KEADILAN RAKYAT di bumi PADANG SERAI.HIDUP RAKYAT.
Subscribe to:
Posts (Atom)
