Mari Berkongsi Impian Dan Harapan

Tuesday, April 28, 2009

Keluar dari PKR

Sesuatu yang amat mendukacitakan kita bilamana disaat-saat kita berjuang untuk mempertahankan dan merebut kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya, masih ada ahli-ahli parti yang sanggup keluar dan mencemarkan nama baik Parti KeADILan Rakyat.

AMK Padang Serai mengambil ketetapan untuk berdiri teguh di belakang pucuk pimpinan yang sedia ada dan akur akan segala keputusan yang telah dibuat demi untuk memperkasakan perjuangan Parti KeADILan Rakyat.

AMK Padang Serai juga menyeru agar semua ahli baik di Bahagian Padang Serai dan seluruh Malaysia amnya bersatu dan menentang segala gejala yang tidak bermoral ini.

AMK Padang Serai juga menolak sebarang tindakan mementingkan diri sendiri dikalangan ahli-ahli yang sedia ada. Maka ahli-ahli diseru untuk membawa ke meja rundingan agar segala permasalahan dapat diatasi.

Ayuh !!! perkukuhkan iltizam... kerana dihadapan pintu kejayaan sedang menanti kita semua...


6 comments:

Anonymous said...

sapa kata bertambah semua ajenda hang la yg pandai buat cerita dlm blog amk padang serai aku akan tunggu dan lihat apa seterusnya ajenda hang. Aku rasa hang pulak nak keluar parti nanti masa prk Penanti kot abes tu dah tak dapat habuan kecewa pulak dgn perhubunggan negeri kot .

Cokolat Angin said...

Apa yang kau merepek ni labuu

Anonymous said...

Cakap biar berteraskan bukti dan fakta bukn hanya kemarahan menguasai diri.kekecewaan apabila orang tersayang masuk semula ke UMNO membuatkan amk pdg serai tak keruan dan hilang pertimbangan.Politik cara begini selalunya akan di mainkan oleh pihak yg sesat mencari kebenaran.Sebenarnya malu untuk mengaku diri itu tak pandai tetapi ego menebal di dada.Kini apa yang berlaku telah di rekodkan sebagai tindakkan seterusnya.Menceroboh blog tanpa kebenaran orang yg terdahulu menyebabkan kita di amggap kumpuln yang terdesak.Cukuplah segala penipuan yang di halalkan oleh cg hamid dan sekumpulan amk pdg serai di pdg serai.Ketahuilah tindakkan anda semua hari ini menyebabkan anda akan di pandang hina di atas segala yang berlaku.Jangan rasa diri anda jaguh dalam segala hal,wal hal ada yang lebih jaguh tetapi belum sampai masanya.Berpolitik hanya di paya besar tidak boleh menjamin apa2 perubahan UNTUK PKR PDG SERAI,KEDAH dan MALAYSIA.Berpolitiklah cara matang agar anda di pandang mulia.Jika anda semua merasa diri anda hebat mari kita buat debat terbuka untuk menyatakan kebenaran.Biar ahli pkr pdg serai menentukan sapa yang lebih layak jadi pemimpin.

sekian ahli pkr.

Anonymous said...

Jika owner blog anak jantan publishkan semua komen.jika tidak penakutlah wakakakakakakk

taman mahsuri said...

wey adam hg jgn dok perasan la boleh jd ketua bahagian duit pun tak da,kami nak bg pak ya dia kaya,ada rumah besar keta pun banyak.setakat hg dok nega lemang tu jgn dok mimpi la.pak ya dah jaga kami elok dah,selalu dia belanja makan,duit pun kadang2 dia bagi ok la tu.

ketua pemuda pun kami geng pak ya nak ambik.kami ada calon kami jauh lebih baik dari ketua sekarang.tunggu dan lihat apa kami nak buat pada pdg serai

Nik Hafiz said...

Dikesempatan ini adalah amat-amat diharapkan agar semua pengunjung dapat memberi komen-komen yang positif.

Kelemahan dan kealpaan kita dalam menilai serta mewujudkan serangan dan asakan peribadi akah menyebabkan proses pemulihan PKR Bahagian Padang Serai terbantut.

Cita-cita tidak akan terhalang selagi kita dilandasan yang benar dan ikhlas dalam perjuangan.

Nik Hafiz
Setiausaha
AMK Padang Serai