Mari Berkongsi Impian Dan Harapan

Friday, May 8, 2009

Amanah yang Dipikul

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada persediaan pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia, (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”.
(Al-Ahzab: 72)


Berat mata memandang... berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang kadangkala tidak difahami oleh mereka-mereka yang hanya tahu mengkritik dan melihat dengan sebelah mata.

Seringkali jua pemegang amanah dilemparkan dengan kata-kata nista, cerca dan diperlecehkan gara-gara tidak dapat memenuhi hati dan kehendak kelompok yang tertentu.

Bertalu-talu serangan dilakukan .. samada kepada individu ataupun kepada kumpulan atas dasar sedikit ketidakmampuan untuk melaksanakan tugasan tersebut didalam jangkawaktu yang diingini.

AMK Padang Serai melihat dan memandang fenomena ini dari sudut yang positif... kerana itu adalah mengambarkan hasrat dan pengharapan yang diberikan oleh ahli-ahli parti dan orang ramai terhadap Parti KeADILan Rakyat dan Pakatan Rakyat amnya.

Oleh itu seluruh AJK AMK Padang Serai dan ahli diseru untuk lebih berdedikasi, proaktif dan amanah. Disamping itu sentiasa berada didalam semangat juang yang tinggi,

AMK Padang Serai telah membuktikan akan pencapaian dan rekod yang amat baik apabila melibatkan diri didalam program-program besar seperti PRK Permatang Pauh dan PRK Bukit Selambau.

Pengiktirafan secara tidak formal baik dari peringkat PKR Bahagian Padang Serai, AMK Kedah, PKR Negeri dan PKR Pusat telah membuka minda dan meningkatkan semangat AMK Padang Serai untuk terus berada di barisan hadapan apabila diperlukan.

AMK Padang Serai sekali lagi menyeru agar semangat setiakawan dikalangan ahli terus dipupuk dan dipertahankan. Sebarang gejala yang tidak sihat mampu meruntuhkan institusi yang semakin mendapat tempat di hati pelbagai lapisan masyarakat.

Amanah yang diberikan kepada AMK Padang Serai akan dipikul dan dijunjung sebaik mungkin untuk memartabatkan maruah Parti KeADILan Rakyat dan Pakatan Rakyat.

No comments: