Mari Berkongsi Impian Dan Harapan

Monday, May 4, 2009

Anak Muda & Perjuangan

Apabila dikenang peristiwa lampau.. segala kekusutan dan kekalutan telah menjadi hidangan yang semestinya ditelan dengan seluruh paksaan. Tanpa upaya dan kudrat yang dipenjara, hanya jiwa yang masih menggunung mengharapkan lahirnya pejuang yang berhati mulia...

Anak-anak muda hari ini.. lahirnya dari idealisma ikhlas, murni dan penuh iltizam.. mengharapkan jalan yang terang mengiringi perjuangan merentas sempadan kekusutan dan kekalutan.

Hari ini anak-anak muda semakin mengerti tentang apa yang diingini dan corak perjuangan yang perlu ditelusuri... lahirnya bergenerasi pemimpin bersilih ganti..

Anak-anak muda hari ini amat-amat berharap agar PKR dan Pakatan Rakyat amnya terus mencorak dan menterjemahkan segala bentuk demi pembaharuan Malaysia.

Ayuh pejuang-pejuang tunjukkan jalan untuk kami... bawalah kami bersama kerana kami tidak mahu leka diperbodohkan dan dikecewakan oleh mereka-mereka perosak negara.

AMK Padang Serai menyahut dan bersedia untuk bersama-sama dan terus mara walaupun berbagai halangan dan rintangan datang tanpa diundang...

Kepada mereka-mereka yang diluar sama.. yang masih sayangkan perjuangan, hampirilah kami kerana kami memerlukan sokongan dan bantuan demi sebuah perjuangan.

Anak Muda & Perjuangan adalah suatu kisah perjalanan dan AMK Padang Serai adalah sebahagian catatan untuk melengkapkan kejayaan kearah pembaharuan.


3 comments:

taman mahsuri said...

adam tak layak,pak ya banyak duit,sapa banyak duit itu pilihan kami

Nik Hafiz said...

Semoga topik ini dapat diperbincangkan untuk memupuk dan meningkatkan semangat perjuangan dikalangan ahli..

art of war said...

hancur ler bahagian Padang Serai dengan adanya orang2 macam 'taman mahsuri'...awal2 dah menunjukkan diri tu cuma tamakkan wang ringgit.dan ternyata nak pilih orang cuma kerna dia banyak duit, nampak sangat tak ikhlas..orang mcam ni nak kita pilih sebagi ketua bahagian????fikir ler...sedangkan pengikut pun dah bernafsukan wang ringgit, apatah lagi ketuanya...
tak payah ler nak tunggu kalah pemilihan baru nak keluar parti, keluar ler sekarang...tak rugi pun bahgian padang serai tak ada orang2 macam tu..spesis dah macam orang UMNO, masuk ler UMNO...itu pun belum tentu orang UMNO nak terima parasit macam 'taman mahsuri' tu...sedangkan Cikgu Hamid yang konon2 hebat dan berpelembagaan tu pun orang tak heran keluar parti, ini kan pula parasit2 mcm 'taman mahsuri' keluar...Tak heran pun! kalu nak keluar, boleh ler ambik borang keluar parti kat saya...PERCUMA jer!!!!!!