Mari Berkongsi Impian Dan Harapan

Tuesday, May 5, 2009

Mampukah Kita Bersabar ?

Sungguh kita beruntung dalam kehidupan ini, kerana kita diberi masa untuk dibazirkan begitu sahaja.. namun tidak pernah kita kisahkan akan masa-masa yang berlalu pergi..

Kita masih disini… masih mampu meluangkan masa untuk melakukan keburukan.. terjahan, ejekan, nista, caci, maki, hamun serta fitnah dan tidak sama sekali kita dimengertikan akan perilaku tersebut sebenarnya membawa kita ke neraka …

Kita sebenarnya lebih beruntung andaikata kita mampu bersyukur dalam melihat dan menilai perkara-perkara yang baik-baik dan sentiasa berusaha menyeru dan bersama dengan kebaikan..

Hilangnya dan kecundangnya sifat yang bernama “sabar” didalam diri kita akan menyebabkan kita semakin lupa akan erti kasih sayang… erti kecintaan… dan keharmonian didalam kehidupan.

Kerana kurangnya sifat sabar jualah sengketa didalam jiwa diterjemah dengan penuh prasangka yang akhirnya merugikan diri kita sendiri…

Kita sebenarnya dicipta dengan penuh keajaiban… penuh sifat kasih sayang dan penuh dengan kemuliaan… namun diperjalanan kita… sifat sabar terhapus dan tersisa.. akhirnya itulah kita …

Mampukah kita bersabar.. lupakan sedikit sengketa.. kerana “pejuang” bukan harus dinoktahkan oleh kegopohan dan kegilaan diri sendiri…

2 comments:

taman mahsuri said...

semangat jebat: yang aku tahu kat tnm mahsuri ada 3 org je yang dekat dengan bahagian 1 shanker 2nazir yg dapat pinjam duit rm200 dari pak ya lepas 2 kawan dia 2org ni amk.hahahahah aku daat duit.hampa dapat duit tk ikut din komando.hidup pak ya.

taman mahsuri said...

nie apa ke hai nie.cakap mcm diri tu bagus sgt.