Mari Berkongsi Impian Dan Harapan

Sunday, June 22, 2008

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH

Kedah mengesahkan kejaguhannya di arena bola sepak negara walaupun tanpa dua tonggak import dengan mempertahankan Piala FA selepas menundukkan Selangor 3-2 dalam perlawanan sengit akhir edisi ke-19 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Barisan bimbingan Azraai Khor Abdullah itu berjaya membawa kembali trofi persaingan kalah mati kebangsaan ini menerusi jaringan Fadly Baharom, Khyril Muhymeen Zambri dan Syafiq Jamal pada minit pertama, m-32 dan m-50 masing-masing sekali gus merapati cita-cita mengulangi pencapaian tiga gelaran seperti 2007 selepas menjuarai Liga Super, Mei lalu.
Di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan kira-kira 50,000 penonton di tempat lawan yang tidak terjejas dengan kehangatan Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2008 dan harga tiket yang didakwa agak mahal, Kenari berjaya menghampakan Gergasi Merah.
Dua gol Selangor dijaringkan gol Amirul Hadi Zainal (m-13) dan penyerang import dari Liberia, Frank Seator (m-70) menerusi sepakan penalti.Tahniah diucapkan kepada pasukan KEDAH..pulun kedah pulun....hidup rakyat!

Tuesday, June 17, 2008

PROTES


GERAM di tubuhkan hasil daripada gabungan angkatan muda keadilan(AMK)dewan pemuda pas(DPP),pemuda sosialis DAP dan IKRAR.Sebagai anak muda kita perlu rasa marah dengan kenaikan harga minyak yang melampau oleh kerajaan BARISAN NASIONAL.Mesej orang muda jelas dengan tindakan menaikkan harga minyak iaitu tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan tindakan ini.Oleh itu ayuh semua anak muda kita turun berdemontrasi di KUALA LUMPUR pada 5 july 2008 bertempat di menara PETRONAS jam 3 petang.HIDUP RAKYAT!

BANDINGKAN

UAE– RM1.19/litreEygpt– RM1.03/litreBahrain– RM0.87/litreQatar– RM0.68/litreKuwait– RM0.67/litreSaudi Arabia– RM0.38/litreIran– RM0.35/litreNigeria– RM0.32/litreTurkmenistan– RM0.25/litreVenezuela– RM0.16/litreMALAYSIA– RM2.70/litre

Friday, June 6, 2008

PETROL


ANGKATAN MUDA KEADILAN PADANG SERAI membantah kenaikkan harga minyak yang di umumkan oleh PAK LAH pada 4HB JUN 2008.