Mari Berkongsi Impian Dan Harapan

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Ibu… ibu....
Engkau lah ratu hidupku…..
Bila ku berduka…
Engkau hiburkan selalu…


Terima kasih kepada ibu-ibu yang melahirkan pejuang bangsa… pembela negara.. mereka lah pendidik dan membentuk sifat-sifat yang ada dan diperturunkan kepada kita.
Hari ini 10hb Mei 2009.. adalah hari untuk ibu-ibu diseluruh dunia diraikan.. dihargai dan diiktiraf jasa dan pengorbanan mereka…

Walau di mana atau siapa pun kita ingatan kepada ibu perlulah sentiasa segar dalam ingatan, tidak kiralah samada mereka masih bersama kita atau sudah tiada..

Ibu-ibulah yang membimbing dan mendidik kita dengan kasih sayang… sedari kecil kita dibelai mesra tanpa sebarang suruhan maupun paksaan… itu lah keihklasan yang lahir dan dipancarkan segala nikmat melaluinya untuk kita semua…

AMK Bahagian Padang Serai amat-amat berterima kasih dan bersyukur kerana dapat mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu yang melahirkan pejuang-pejuang kebanggaan kita..

AMK Bahagian Padang Serai juga menyeru agar semua ahli dan seluruh golongan masyarakat agar kembali merenung dalam diri sendiri… melihat dan memahami segala aspek dan nilai-nilai murni yang perlu dicontohi dari semua para ibu sebagai pembimbing dan azimat untuk meneruskan perjuangan dan agenda Parti KeADILan Rakyat…

AMK Bahagian Padang Serai sememangnya berbangga dan kagum dengan seorang ibu, isteri dan wanita yang berhati waja iaitu Presiden Parti KeADILan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kita kenali dengan semangat juang yang tinggi… Tidak dapat sama sekali kita sangkal akan jalan yang dirintis oleh beliau telah menyatukan kita semua… dan kita dirapatkan sebagai satu keluarga besar yang saling hormat menghormati antara satu sama lain…

Walaupun begitu perlulah diingat bahawa menghargai ibu bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Islam mewajibkan kita mentaati dan menghormati ibubapa kita pada setiap masa berdasarkan firman Allah :-


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).


Selamat Hari Ibu……..