Mari Berkongsi Impian Dan Harapan
Sunday, July 13, 2008
KOTA SARANG SEMUT
Program DSAI di KOTA SARANG SEMUT berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah tidak diingini berlaku,terima kasih di ucapkan kepada semua petugas keselamatan khususnya melibatkan AMK PADANG SERAI,AMK PADANG SERAI telah menghantar 20 orang untuk menjaga keselamatan khususnya keselamatan DSAI.Komitmen yang di tunjukkan oleh AMK PADANG SERAI sedikit sebanyak dapat memberi gambaran bahawa AMK PADANG SERAI mempunyai jentera yang bersemangat dan komited kepada perjuangan parti.
Tuesday, July 1, 2008
AKTIVITI DATO SERI ANWAR IBRAHIM 01 JULY 2008
Membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa HassanMasa: 2 petang.Tempat: Ibu Pejabat Polis Shah Alam.Sidang akhbar Masa: 3.30 petangTempat: Ibu Pejabat keADILan, Tropicana SquareCeramah penjelasan isu dan perkembangan terkiniMasa : 8.30 malamTempat: Stadium Melawati, Shah Alam
AMK TEGUH DI BELAKANG DSAI
Kami ANGKATAN MUDA KEADILAN PADANG SERAI berkeyakinan penuh terhadap DATO SERI ANWAR IBRAHIM serta berdiri teguh di belakang beliau.Fitnah yang di lemparkan kepada beliau adalah tidak berasas sama sekali dan berniat jahat serta ingin merosakkan kerier politik DATO SERI ANWAR IBRAHIM.Keadilan untuk semua.
Sunday, June 22, 2008
TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH
Kedah mengesahkan kejaguhannya di arena bola sepak negara walaupun tanpa dua tonggak import dengan mempertahankan Piala FA selepas menundukkan Selangor 3-2 dalam perlawanan sengit akhir edisi ke-19 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Barisan bimbingan Azraai Khor Abdullah itu berjaya membawa kembali trofi persaingan kalah mati kebangsaan ini menerusi jaringan Fadly Baharom, Khyril Muhymeen Zambri dan Syafiq Jamal pada minit pertama, m-32 dan m-50 masing-masing sekali gus merapati cita-cita mengulangi pencapaian tiga gelaran seperti 2007 selepas menjuarai Liga Super, Mei lalu.
Di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan kira-kira 50,000 penonton di tempat lawan yang tidak terjejas dengan kehangatan Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2008 dan harga tiket yang didakwa agak mahal, Kenari berjaya menghampakan Gergasi Merah.
Dua gol Selangor dijaringkan gol Amirul Hadi Zainal (m-13) dan penyerang import dari Liberia, Frank Seator (m-70) menerusi sepakan penalti.Tahniah diucapkan kepada pasukan KEDAH..pulun kedah pulun....hidup rakyat!

Tuesday, June 17, 2008
PROTES

GERAM di tubuhkan hasil daripada gabungan angkatan muda keadilan(AMK)dewan pemuda pas(DPP),pemuda sosialis DAP dan IKRAR.Sebagai anak muda kita perlu rasa marah dengan kenaikan harga minyak yang melampau oleh kerajaan BARISAN NASIONAL.Mesej orang muda jelas dengan tindakan menaikkan harga minyak iaitu tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan tindakan ini.Oleh itu ayuh semua anak muda kita turun berdemontrasi di KUALA LUMPUR pada 5 july 2008 bertempat di menara PETRONAS jam 3 petang.HIDUP RAKYAT!
BANDINGKAN
UAE– RM1.19/litreEygpt– RM1.03/litreBahrain– RM0.87/litreQatar– RM0.68/litreKuwait– RM0.67/litreSaudi Arabia– RM0.38/litreIran– RM0.35/litreNigeria– RM0.32/litreTurkmenistan– RM0.25/litreVenezuela– RM0.16/litreMALAYSIA– RM2.70/litre
Friday, June 6, 2008
PETROL
Subscribe to:
Posts (Atom)