KUALA LUMPUR, 11 APRIL (SK) - Tidak sampai lima bulan kes kematian yang melibatkan pemuda dalam lokap berlaku di Selangor, kini satu lagi peristiwa hitam berlaku yang memburukan nama polis.
Hari ini, seorang ibu tampil membuat laporan polis berhubung keganasan yang dilakukan keatas anaknya ketika ditahan didalam lokap sehingga mengakibatkan anaknya dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dalam laporan polis hari ini, ibu kepada mangsa, Jiknah Harun meminta agar pihak polis menyiasat dan mengenal pasti punca anaknya, Adi Anwar Mansor yang ditahan pada 7 April lalu dimasukan ke ICU.
Adi dimasukan ke ICU dipercayai diberi minum pelarut hingga menyebabkan dia koma ketika ditahan di dalam lokap berkenaan.
“Apa yang menyebabkan anak saya minum pelarut dan tidak mungkin dia akan minum secara sukarela,” katanya kepada Suara Keadilan ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah Klang pagi ini.
Selain itu, ibu itu juga mempersoalkan tindakan polis yang tidak menghantar anaknya segera ke hospital ketika beliau mendapat kecederaan akibat dipukul oleh polis.
“Saya juga tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi oleh OCPD (Ketua Polis Daerah) Klang bahawa anak saya menerima kecederaan disebabkan pergelutan.”
“Jika benar, kenapa dia tidak dibawa ke hospital dengan segera? Tetapi sebaliknya dibawa ke hospital selepas meminum thinner (pelarut),” katanya lagi.
Adi, bapa kepada seorang bayi yang berusia tiga bulan, ditahan di Jalan Kebun dan dikatakan melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah.
Mangsa berkenaan dikeluarkan dari ICU dua hari kemudian dan sehingga kini beliau masih lagi berada di wad serta dalam keadaan bergari.
Jiknah juga berkata, Adi telah bercerita kepadanya mengenai bagaimana beliau dipukul oleh polis bukan sahaja didalam balai malah ketika didalam kereta menuju ke balai polis.
“Adi memberitahu saya bahawa dia ditendang dibahagian belakang, dipukul di bahagian kepala dan dipukul dengan hos getah sehingga tidak tahan dengan kesakitan,” katanya lagi.
Keadaan sudah terdesak, Tubuhkan IPCMC segera
Sementara itu KETUA Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta agar Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) disegerakan kewujudanya.
Menurutnya, sehingga kini banyak kejadian yang telah berlaku dan nampaknya tidak ada jalan penyelesaian terhadap insiden-insiden yang dilakukan oleh anggota polis.
“Selepas empat bulan kes Kugan, kita dikejutkan lagi dengan kes Adi Anwar yang dicurigai dilakukan oleh polis, dalam keadaan kini adalah terdesak dan IPCMC harus dikejutkan semula,” katanya ketika ditemui untuk menemani keluarga Adi Anwar membuat laporan polis.
Pagi ini, kira-kira 50 orang berkumpul di hadapan IPD Klang untuk membantah tindakan polis melakukan kekejaman keatas Adi Anwar.
Kata beliau lagi Najib Tun Razak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri harus mewujudkan IPCMC bagi menunjukan komitmen beliau yang membawa pembaharuan.
“Kalau betul mahu bawa perbezaan dan pembaharuan, Najib harus tubuhkan IPCMC untuk memastikan perkara ini tidak berlaku sekali lagi,” katanya lagi
Sementara itu Ketua Angkatan Muda Selangor Khairul Anuar Zainuddin meminta agar Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar meletakan jawatan.
Jelasnya, Ketua Polis itu gagal melakukan tugas dengan baik sehingga dua kejadian dalam lokap berlaku dibawah pentadbiranya kurang dari lima bulan.
“Bulan Januari, kita dikejutkan dengan kematian Kugan, dan sekarang pula Adi Anwar, kami menuntut agar Khalid meletakan jawatan,” katanya kepada Suara Keadilan.
Mari Berkongsi Impian Dan Harapan
Sunday, April 12, 2009
Wednesday, April 1, 2009
Pengundi hantu terus bermaharajalela
Terbaru AMK telah mengesan sejumlah pengundi hantu didalam senarai pemilih terkini pengundi DUN Bkt.Selambau.Kawasan yang paling kritikal ialah Taman Bandar Bharu yang mempunyai senarai paling meragukan.Sebanyak lebih 2300 pengundi diragui,ini kerana terdapat beberapa buah rumah mempunyai lebih 60 pengundi dalam satu rumah dan berlainan bangsa.banyak lagi penipuan akan didedahkan selepas ini.Kerja mengesan ini diketuai oleh timbalan AMK Malaysia Saudara Faris Bin Musa.
Memorandum akan diserahkan kepada SPR sehari dua lagi.Kita juga akan membuat laporan polis berhubung perkara ini walaupun semua laporan kita selama ini dilempar kedalam tong sampah balai.
Mengambil kesempata ini saya merayu supaya pihak polis lebih bersikap adil dan tidak berat sebelah didalam mengendalikan PRK Bkt. Selambau.
Memorandum akan diserahkan kepada SPR sehari dua lagi.Kita juga akan membuat laporan polis berhubung perkara ini walaupun semua laporan kita selama ini dilempar kedalam tong sampah balai.
Mengambil kesempata ini saya merayu supaya pihak polis lebih bersikap adil dan tidak berat sebelah didalam mengendalikan PRK Bkt. Selambau.
Friday, March 27, 2009
Tenaga muda terus jadi sandaran.
Sempena PRK Bkt.Selambau pada 7 April 09.Tenaga pemuda sangat ditagih untuk menyumbang tenaga semasa kempen PRK Bkt. Selambau. Banyak program yang melibatkan penggunaan tenaga muda telah banyak dirancang,antaranya kawalan keselamatan dikawasan tetentu semasa program berlangsung. Pihak pengurusan telah mendapat maklumat telah diaturkan oleh individu daripada pihak lawan (UMNO) akan melakukan provokasi terhadap jentera wanita.
Pemuda Padang Serai telah ramai maklum sangat berpengalaman dalam mengatasi kes-kes seperti ini. Pihak pengurusan PRK Bkt. Selambau sebulat suara sangat mengharap tenaga pemuda Padang Serai untuk melancarkan kempen pakatan rakyat dari awal kempen iaitu bermula 29 mac sehinggalah 07 April 09
Pemuda Padang Serai telah ramai maklum sangat berpengalaman dalam mengatasi kes-kes seperti ini. Pihak pengurusan PRK Bkt. Selambau sebulat suara sangat mengharap tenaga pemuda Padang Serai untuk melancarkan kempen pakatan rakyat dari awal kempen iaitu bermula 29 mac sehinggalah 07 April 09
Tuesday, March 17, 2009
TAKHZIAH
Hari ini seorang aktivis bernama RAMLI JAAFAR(RJ) telah pulang ke rahmatullah.Beliau merupakan pencadang kepada YB GOBALAKRISNAN ketika pilihanraya 8 MAC 2008.RAMLI JAAFAR terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke KUALA TERENGGANU untuk berkempen sempena PRK KUALA TEENGGANU.Bermula dari itu beliau telah jatuh sakit dan lumpuh.Jenazah RAMLI JAAFAR akan di kebumikan selepas solat asar di MASJID KG KELADI KULIM.Kami AMK PDG SERAI mengucapkan takhziah di atas pemergian RAMLI JAAFAR(RJ).SEMOGA ROH BELIAU DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG SOLIHIN..AL-FATIHAH
Tuesday, March 3, 2009
POKOK OH POKOK

Pelik tapi benar. Itulah hakikatnya apabila kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang telah dirampas kuasanya secara biadab oleh UMNO-BN terpaksa menjalankan persidangan tergempar di bawah pokok yang terletak beberapa meter dari Bangunan Kerajaan perak Darul-Ridzuan pagi ini.
Bangunan yang telah dikepung oleh anggota Polis sejak petang semalam dipercayai dengan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini tidak dapat dimasuki oleh Nizar dan lain-lain ADUN yang sepatutnya mengadakan sidang tergemparnya di situ.Sivakumar cuba diperangkap oleh perencanaan jahat apabila hanya Sivakumar dibenarkan masuk ke bangunan tersebut.
Namun Sivakumar enggan sebaliknya meninggalkan bangunan tersebut bersama-sama ADUN Pakatan Rakyat untuk meneruskan persidangan di satu kawasan lapang - kawasan dimana semua rakyat dapat melihat perjalanan dewan.Dunia menyaksikan detik bersejarah itu tadi apabila lensa TV seluruh dunia - CNN, BBC, Al-Jazeera dan lain-lain menghalakan lensa kamera mereka ke persidangan yang berlansung akibat kebiadaban dan kezaliman kerajaan UMNO-BN yang tidak cukup merampas kuasa, kini memperkudakan segala jentera seperti polis, pegawai pentadiran bangunan. setiausaha kerajaan dan lain-lain untuk menafikan hak kerajaan sah Pakatan Rakyat dari menggunakan dewan undangan negeri yang terletak di bangunan Kerajaan Perak Darul-Ridzuan.
Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian kerana mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.Yang pasti kesemua pihak yang terlibat di dalam konspirasi rampasan kuasa di perak tetap akan menerima penghinaan dan kutukan sejarah zaman berzaman.
Tuesday, February 24, 2009
SPEAKER LUMPUHKAN BN
GABUNGAN Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya. Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut. "Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak. Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik. "Merekaupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar. Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Behrang, yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi yang keluar PR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN. Mohd Nizar menegaskan bahawa beliau masih menjadi menteri besar yang sah yang dilantik oleh sultan..
Seterusnya di: http://nakmarahmarahlah.blogspot.com/2009/02/kuasa-speaker-lumpuhkan-bn-nizar.html
Seterusnya di: http://nakmarahmarahlah.blogspot.com/2009/02/kuasa-speaker-lumpuhkan-bn-nizar.html
Tuesday, February 17, 2009
KENYATAAN MEDIA AMK KEDAH
KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN KEDAH16hb Februari, 2009PERBUATAN KHIR TOYO BUKTI UMNO BANGKRAP IDEAAngkatan Muda Keadilan negeri Kedah mengecam tindakan memualkan dan tidak bermoral segelintir individu yang menceroboh kehidupan peribadi ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, YB Cik Elizabeth Wong dengan menyiarkan gambar-gambar peribadi beliau yang diambil tanpa kerelaan dan tanpa kesedaran beliau. Yang lebih memualkan ialah, perbuatan terkutuk ini didalangi individu dengan niat bermotifkan politik dan seolah-olah mendapat sokongan dari Dr Khir Toyo, bekas menteri besar Selangor dan calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang semakin terdesak karier politiknya!Kenyataan Khir Toyo yang mendahului berita tentang gambar-gambar tersebut jelas menunjukkan bahawa seolah-olah insiden ini merupakan satu jenayah politik yang terancang untuk menjatuhkan maruah dan imej serta seorang wakil rakyat yang sangat disenangi oleh pengundi-pengundi di Bukit Lanjan. Khir Toyo jelas kelihatan seperti seorang yang bengong bila beliau membandingkan isu ini dengan skandal tidak bermaruah bekas menteri kanan Barisan Nasional, Dr Chua Sooi Lek yang meletakkan jawatan akibat rakaman video hubungan seks beliau di sebuah hotel. Beliau juga seolah-olah menyokong sebarang perbuatan menceroboh kehidupan peribadi sesiapa sahaja asalkan matlamat politik menjatuhkan maruah seseorang tercapai.Sebagai seorang Islam, saya merasa malu dengan perbuatan Khir Toyo sebagai seorang wakil rakyat beragama Islam yang cuba naik dengan menjatuhkan maruah orang lain. Islam jelas melarang keras perbuatan menjatuhkan maruah atau mendedahkan keaiban orang lain. Mustahil anak guru agama yang satu ini tidak tahu hukum dan larangan agama, sekalipun ianya berkaitan dengan maruah seorang bukan Islam!Kita mengharapkan agar YB Elizabeth Wong akan tetap bersemangat dan teguh menghadapi dugaan terbaru dalangan UMNO dan Barisan Nasional ini. Kita menyeru rakyat, terutamanya pengundi di 2 pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dapat bangkit memberikan mesej yang jelas kepada UMNO dan Barisan Nasional bahawa rakyat sudah muak dan jelak dengan politik tidak bermoral UMNO dan Barisan Nasional ini!SAIFUL IZHAM RAMLIKetua Angkatan Muda KeadilanNegeri Kedah Darul Aman
Subscribe to:
Posts (Atom)