Mari Berkongsi Impian Dan Harapan

Tuesday, February 3, 2009

PENGUMUMAN PENTING..

Minta maaf kepada semua kerana kegagalan update BLOG AMK PDG SERAI dalam jangka masa waktu yang lama.Bermula hari ini BLOG AMK PDG SERAI akan di pertanggungjawabkan kepada KETUA PENERANGAN AMK PDG SERAI merangkap KETUA PENERANGAN AMK NEGERI KEDAH.Sekian...wassalam

5 comments:

Anonymous said...

apa dah jadi dgn SU amk padang serai?

Anonymous said...

saya nak berpesan kalau nak hemtam pun biaq ada fakta ok aku tau sapa yg suka hentam AMK ok

Anonymous said...

Salam dan selamat sejahtera buat semua...

Moga-moga sentiasa dibawah rahmat Allah swt...

Kenapa dan mengapa blog ini tidak diupdate pada sekian lamanya ??

Adakah AMK Padang Serai tidak mempunyai mata ataupun telinga ??

Untuk makluman dan perhatian pengunjung blog ini yang amat2 saya hormati...

Blog ini tidak diupadate atas beberapa faktor yang tertentu dan juga untuk mengetahui hati budi moderator terdahulu...

Boleh saya simpulkan disini ... bahawasanya moderator yang terdahulu amat tidak amanah kerana telah berkongsi kata laluan untuk mengendalikan blog ini tanpa merujuk kepada saya selaku orang yang dipertanggunjawabkan untuk mengendalikan blog ini...

Seperti yang dijangkakan oleh AJK AMK Padang Serai... suatu masa dan ketika akan muncul kembali tangan2 gatal yang seboleh2nya akan cuba kembali menjadi hero dan mempertontonkan akan segala kehebatannya..

InsyaAllah dalam masa terdekat ini... akan kami usahakan dan umumkan laman terbaru kami disamping memenuhi kehendak ahli dan masyarakat setempat !!

Biarlah sesuatu keputusan dibuat secara berunding.... dan amanah ~!!!...

AMK Padang Serai bukan hak individu !!!!


Wassalam

Nik Hafiz
s/u AMK Padang Serai
email :- nice72.nik@gmail.com

Anonymous said...

Sudah lama menunggu entry baru dari AMK PDG SERAI.Hampir 5 bulan tak ada ebtry atau artikel yang di update.tahniah kjepada pengendali yang baru.Bagi saya SU AMK PDG SERAI yang baru ini tidak usah menuding jari kepada sesiapa.pihak mana yang update itu tk penting yang pastinya blog amk pdg serai aktif dan dapat memberi info kepada orang ramai.Parti harus berkembang untuk pejanaan dan pemantapan parti yang di utamakan.Jika pengendali baru ada banyak bahan dan masa untuk update tidak salah,yang penting ia tetap memberi manfaat kepada semua yang membaca.Bai pendapat saya kita perkemaskan parti untuk masa2 akan datang jgn terlalu politik dalam segala hal.Saya juga antara ahli PKR inginkan kesepakatan bersama.

Anonymous said...

Lawak aku tgk SU AMK yang baru ini,lepas PRU 12 baru nampk muka lepas tu berkokok mengatakn dia sudah buat kerja sana sini.Apa nak bising2 aku tgk dah masuk 4 bulan lebih blog amk pdg serai tak da apa-apa.Bila ada yang take over baru nak terjg dari lena.Jangan buat keja angkat bakul sendiri selagi tidak teruji sebagai pejuang.Tak dapat klim pakat-pakat merajuk bawak diri,boleh pakai ka orang macam ini.Asyik nak salahkan orang lihat diri dahulu ke mana anda ketika PKR dalam keadaan nyawa-nyawa ikan,kemana SU AMK PDG SERAI?takut ke ketika itu?takut di buang kerja?jawab la sendiri.Lihatlah permainan KETUA BAHAGIAN KESAYANGAN AMK PDG SERAI,eksport ahli PKR ke kubang pasu untuk di buat ikan pekasam,mungkin termasuk SU amk pdg serai rasanya.Jika nak salahkan orang, lihat dulu apa silap kita.sudahlah SU amk pdg serai jangan mula mencari musuh.