Mari Berkongsi Impian Dan Harapan

Saturday, May 9, 2009

Mesyuarat PKR Bahagian Padang Serai

Setelah kerusi Ketua Bahagian PKR Bahagian Padang Serai dikosongkan lebih sebulan yang lalu oleh Cikgu Hamid Bin Othman, PKR Bahagian Serai masih meneruskan aktiviti dan mesyuarat bulanan seperti biasa.

Mesyuarat kali ini di pengerusikan oleh Saudara Jamarudin Bin Abu Hassan (Timbalan Ketua Bahagian) yang telah memangku jawatan sebagai Ketua Bahagian PKR Padang Serai.

Ianya telah diadakan pada :-

Tarikh : 8hb Mei 2009
Masa : 9:00 mlm
Tempat : Pejabat Pusat Khidmat ADUN Lunas

Beberapa wakil AMK Bahagian Padang Serai yang diketuai oleh Saudara Hazim Bin Selimin turut serta didalam mesyuarat kali ini dan yang lebih memberangsangkan
bilamana MKK PKR Bahagian Padang Serai turut dijemput bersama-sama untuk melihat dan mengikuti perkembangan semasa PKR Bahagian Padang Serai.

YB N. Gobalakhrisnan (Ahli Parlimen Padang Serai) turut bersama-sama didalam mesyuarat kali ini dan telah berkongsi maklumat-maklumat terkini serta persediaan
untuk menghadapi PRK DUN Penanti.

AMK Bahagian Padang Serai melihat dan akan memberi sokongan padu kepada pemangku Ketua Bahagian PKR Bahagian Padang Serai iaitu Saudara Jamarudin Bin Abu Hassan untuk memartabatkan kembali maruah yang sedikit tercalar suatu ketika dahulu.

AMK Bahagian Padang Serai juga menyeru agar semua ahli PKR Bahagian Padang Serai terus memberikan sokongan padu kepada PKR Bahagian Padang Serai dan juga sentiasa bersedia untuk berganding bahu didalam program-program yang akan diadakan.

Semoga usaha yang baik dan keharmonian yang ditunjukkan didalam mesyuarat tersebut dapat dikekal dan dipertingkatkan.....

5 comments:

art of war said...

Mesyuarat ler banyak kali pun...tapi penyudahnya Bahagian padang Serai memang kucar kacir...tak pernah elok..Yang si AMK tu nak menyokong kepimpinan Jamaruddin Hassan tu apa kes????Fikir ler...Pokok pisang tu pun lebih tinggi dari dia..ini lak nak harapkan dia buat kerja...!Pegang jawatan P.A..kerja apa dia wat????Hampeh!!!!Nak cari pemimpin pun biar ler cerdik sikit...
Harapkan nama jer Din Komando(tapi tak nampak macam komando pun)..cakap besar..tapi kerja macam taik!busuk...Padang Serai dengan orang macam dia..sedar ler AMK2 oi...!jangan dok asyik bangga ngan jadi Pak Guard tiapkali ada program besar2...buat ler kerja2 yang nampak cerdik dan kewibawaan AMK Padang Serai sama...Fikir2 ler..Ada otak pakai..Ada mulut diam...Ada tenaga,wat kerja...jangan dok gila jawatan dan kuasa..dok ayik pandang duit ringgit.

Nik Hafiz said...

Setelah melihat, menilai dan memahami apa yang terjadi... kita sebenarnya tidak boleh bergantung kepada untung batu timbul dan untung sabut tenggelam..

Sesuatu yang terjadi hendaklah dikaji dan difahami akan hikmah dan ketentuan Illahi..

Usaha yang baik perlu diteruskan dan diberi sokongan.. Ini bukannya masa untuk kita menambah derita dan menjemput bencana..

InsyaAllah.. PKR Bahagian Padang Serai dan AMK Bahagian Padang Serai akan memastikan segala yang terbaik dapat ditonjolkan demi menambat hati seluruh rakyat di Padang Serai..

AMK Bahagian Padang Serai seikhlas dan sedaya yang mampu berusaha melaksanakan tugasan yang diamanahkan dari sebesar-besar tugas mengiringi dan menjaga keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim hinggalah kepada sekecil-kecil tugasan..

Oleh itu AMK Bahagian Padang Serai memohon kepada rakan dan seluruh rakyat bersama-sama membantu.. kerana kita tidak akan menjadi kuat andaikata ada dikalangan kita yang masih berusaha untuk meruntuhkan dan menjahanamkan segala apa yang kita ada....


Nik Hafiz
Setiausaha
AMK Bahagian Padang Serai

art of war said...

maaf ler cakap...sekarang ni dah terlalu ramai hipokrit dalam masyarakat manusia ni...si manusia yang bernama nik hafiz ni contohnya...cakap mengalahkan ahli ulamak,rasanya Imam Besar pun leh kalah cakap dengan nik hafiz ni..tapi yang musykilnya betoi ker bagus dan baik sangat orang ni!!!Bercakap soal perjuangan, tapi kemunculan dia pun baru setahun jagung, PRU12 baru kenal Nik Hafiz dan terus menjalar bila PKR dah menang kat Padang Serai ni..cuba kalau kalah...harus dah orang2 macamni tenggelam terus...hilang!yang pasti kehadiran mereka cuma memancing kot2 dapat pangkat atau jawatan..tu yang dok bodoh ikut jer orang2 pengkhianat parti macam cikgu hamid tu..kot2 ler cikgu hamid leh bagi jawatan ker..tapi memang ler cikgu hamid bagi jawatan...tapi jawatan dalam bahagian Padang Serai yang haprak!jawatan Ahli Majlis Cikgu Hamid tu lebih rela bagi kat orang UMNO macam ilyas songkok..dari bagi kat pencacai2 dia..Sedar ler Saudara Nik oiiiii...kalau nak bercakap macam tu, jangan masuk politik...jadi cikgu di sekolah.Jangan ler jadi manusia munafik...keikhlasan yang disebut tak pernah wujud dlam bahgian padang serai apatah lagi bagi AMK Bahagian Padang Serai.Takat tugas besar yang dimaksudkan mengiringi DSAI tu tak perlu ler nak bangga sangat..orng tak heran pun!Dan akhir sekali saya nak tanya...APA YANG BAHAGIAN DAN AMK PADANG SERAI ADA??????APA YANG BOLEH DIBANGGAKAN SANGAT DENGAN AMK DAN BAHAGIAN PADANG SERAI TU????BERITA PALING HEBAT PUN ADA BILA KETUA BAHAGIAN KELUAR PARTI...ITU KER YANG HEBAT SANGAT???ITU KER YANG AMK DAN BAHAGIAN ADA???BERITA DIN KOMANDO JADI PA PENIPU DAN PEMBOHONG????BERITA YB RADZHI DOK P DUBAI DAN LANGKAWI,JALAN LUNAS DAH TAK NAMPAK????BERITA AHLI2 MAJLIS YANG TAK BOLEH WAT KERJA..???BERITA AHLI2 MAJLIS YANG BODOH DALAM MESYUARAT HI-TECH???Itu ker yang hangpa ada????yang dok banggakan????bagus lah...memang boleh ler dibanggakan..bangga kerana berjaya menjadi pelawak2 pembohong dalam pkr di bahagian padang serai...semoga terus ler hidup dalam keindahan kata2 perjuangan tapi haram apa pun tak tau!

Ceplos said...

Woiiii....!!!Art of War..memang best la hang ni. Hentam sakan AMK Padang Serai. Hang ni memang benci sungguh no kat geng AMK PAdang Serai.Sabaq sabaq...jangan dok histeria sangat.Awat ...hang kena rasuk setan ka...tak pun memang hang ni perangai macam setan suka dok maki hamun hina orang. Hahahahahaha.....

Anonymous said...

salam.

yang aku tau pkr pdg serai dah hancur...yg tinggai songkok tinggi yang dok cari publisiti murahan...kesian songkok tinggi nasib baik ada lagi jawatan dalam rukun tetangga boleh juga keluar muka dalam akbar sinar..