Assalamualaikum,salam Ramadhan Almubarak
Sesungguhnya Ramadhan ialah, bulan yang paling mulia,didalamnya mempunyai pelbagai kelebihan dan yang paling agung sekali bulan Ramadhan adalah bulan turunya Al Quran.
Marilah pemuda dan pemudi ,kita menambahkan amalan kita dibulan yang mulia ini,Inilah masanya kita mesti memuhasabah diri dan keluarga.Kami dari AMK Pdg.Serai ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Almubarak kepada semua pejuan reformasi dan seluruh mslimin dan muslimat.
Mari Berkongsi Impian Dan Harapan
Sunday, August 31, 2008
Friday, August 29, 2008
PERMATANG PAUH HAK KITA

Tiada apa yang hendak di katakanlagi segalanya telah terjawab,jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua petugas khususnya dari AMK PDGSERAI yang bertungkus lumus memenangkan DSAI.Segala tenaga dan buah fikiran anda semua yang di curahkan di dalam pilihanraya kecil P44 PMTG PAUH menjadi satu sejarah bagi negara MALAYSIA.
Wednesday, August 6, 2008
Strategi Jahat BN.
Assalamualaikum,Salam sejahtera.
Dikala semua membincangkan pilihanraya kecil Ptg.Pauh,masih terdapat segelintir manusia dari kalangan kita yang masih meletakan kepentingan peribadi drp kepentingan parti.Pelbagai perkara telah mereka rancangkan termasuk mengistihar keluar parti dan menyertai BN ketika kempen Pilihanraya kecil Ptg Pauh sedang berlangsung.Amatlah mendukacitakan sekiranya pekara ini berlaku semata berteraskan dendam dan meterial.Walaupun perkara ini belum berlaku ttp sekiranya tidak diatasi segera akan membawa masalah kpd agenda Ptg.Pauh.Saya percaya perkara ini telah sampai ke pengetahuan pimpinan tertinggi,kami AMK bahagian berharap perkara ini tidak berlaku.
Mereka ini bukanlah terdiri daripada mereka yang baru menyertai perjuangan ini,tetapi telah lama berjuang menegakan keadilan dan telah memberikan komitmen yang baik selama ini,Ttp entah serangga apa yang telah masuk telinga2 mereka ini hinggakan pohon tanaman mereka yang disiram selama ini sanggup diracun.
Saya berharap kepada sesiapa yang berniat atau yang seangkatan dengan nya,bertaubatlah,Letih kawan2 berjuang selama ini.Kesianlah kepada DSAI,Semua pejuang mengalami nasalah kewangan,dan ada yang telah hancur rumahtangga kerana perjuangan.Janaganlah kerana ban pasir, jawatan GLC dan tak sependapat dengan kerajaan negeri PR sanggup melakukan apa saja,Janganlah kerana nyamuk kelambu dibakar.Kita semua manusia ada kelebihan dan kelemahan.tetapi jgnlah biarkan kelemahan mengatasi segalanya.Yang baik dari Allah dan yang buruk dari mereka yang gagal mengawal nafsu.

Wednesday, July 23, 2008
PERALIHAN
Peralihan tugas mengendalikan BLOG AMK PADANG SERAI di serahkan kepada KETUA PENERANGAN AMK PADANG SERAI beliau juga adalah KETUA PENERANGAN AMK KEDAH iaitu saudara KHAIRUL NIZAM ADAM.Sebelum ini blog AMK PADANG SERAI di kendalikan oleh TIMB KETUA AMK PADANG SERAI.Saya menyerahkan tugas mengendalikan blog ini kepada KETUA PENERANGAN AMK PDG SERAI oleh itu memohon maaf sekiranya berlaku sebarang kesalahan ketika saya mengendalikan blog ini dan juga jutaan terima kasih kepada pelawat2 blog ini kerana memberi respond yang baik...sekian.
Saturday, July 19, 2008
IPK KUALA LUMPUR
Minta maaf di atas kelewatan mengemas kini blog AMK PDG SERAI kerana terdapat sedikit kesulitan,dengan perjalanan agak memenatkan daripada selatan pulang ke utara tanah air.Kehadiran wakil AMK PDGSERAI ke KUALA LUMPUR untuk memberi sokongan kepada DATO SERI ANWAR IBRAHIM ketika di soal siasat di IPK KUALA LUMPUR.TIMBALAN KETUA AMK PDG SERAI saudara WAN serta dua orang AJK AMK PDGSERAI saudara BOB dan saudara RAZAK turut berada didalam rombongan bersama beberapa EXCO AMK PULAU PINANG dan EXCO AMK KEDAH ke KUALA LUMPUR.Syukur kepada tuhan kerana penantian kami daripada petang hingga ke esokkan paginya di IPK KUALA LUMPUR akhirnya DATO SERI ANWAR IBRAHIM di bebaskan sekitar jam 9 pagi 16 JULY 2008.LAWAN TETAP LAWAN
Tuesday, July 15, 2008
DAULAT TUANKU
Sunday, July 13, 2008
KOTA SARANG SEMUT
Program DSAI di KOTA SARANG SEMUT berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah tidak diingini berlaku,terima kasih di ucapkan kepada semua petugas keselamatan khususnya melibatkan AMK PADANG SERAI,AMK PADANG SERAI telah menghantar 20 orang untuk menjaga keselamatan khususnya keselamatan DSAI.Komitmen yang di tunjukkan oleh AMK PADANG SERAI sedikit sebanyak dapat memberi gambaran bahawa AMK PADANG SERAI mempunyai jentera yang bersemangat dan komited kepada perjuangan parti.
Tuesday, July 1, 2008
AKTIVITI DATO SERI ANWAR IBRAHIM 01 JULY 2008
Membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa HassanMasa: 2 petang.Tempat: Ibu Pejabat Polis Shah Alam.Sidang akhbar Masa: 3.30 petangTempat: Ibu Pejabat keADILan, Tropicana SquareCeramah penjelasan isu dan perkembangan terkiniMasa : 8.30 malamTempat: Stadium Melawati, Shah Alam
AMK TEGUH DI BELAKANG DSAI
Kami ANGKATAN MUDA KEADILAN PADANG SERAI berkeyakinan penuh terhadap DATO SERI ANWAR IBRAHIM serta berdiri teguh di belakang beliau.Fitnah yang di lemparkan kepada beliau adalah tidak berasas sama sekali dan berniat jahat serta ingin merosakkan kerier politik DATO SERI ANWAR IBRAHIM.Keadilan untuk semua.
Sunday, June 22, 2008
TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH
Kedah mengesahkan kejaguhannya di arena bola sepak negara walaupun tanpa dua tonggak import dengan mempertahankan Piala FA selepas menundukkan Selangor 3-2 dalam perlawanan sengit akhir edisi ke-19 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Barisan bimbingan Azraai Khor Abdullah itu berjaya membawa kembali trofi persaingan kalah mati kebangsaan ini menerusi jaringan Fadly Baharom, Khyril Muhymeen Zambri dan Syafiq Jamal pada minit pertama, m-32 dan m-50 masing-masing sekali gus merapati cita-cita mengulangi pencapaian tiga gelaran seperti 2007 selepas menjuarai Liga Super, Mei lalu.
Di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan kira-kira 50,000 penonton di tempat lawan yang tidak terjejas dengan kehangatan Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2008 dan harga tiket yang didakwa agak mahal, Kenari berjaya menghampakan Gergasi Merah.
Dua gol Selangor dijaringkan gol Amirul Hadi Zainal (m-13) dan penyerang import dari Liberia, Frank Seator (m-70) menerusi sepakan penalti.Tahniah diucapkan kepada pasukan KEDAH..pulun kedah pulun....hidup rakyat!

Tuesday, June 17, 2008
PROTES

GERAM di tubuhkan hasil daripada gabungan angkatan muda keadilan(AMK)dewan pemuda pas(DPP),pemuda sosialis DAP dan IKRAR.Sebagai anak muda kita perlu rasa marah dengan kenaikan harga minyak yang melampau oleh kerajaan BARISAN NASIONAL.Mesej orang muda jelas dengan tindakan menaikkan harga minyak iaitu tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan tindakan ini.Oleh itu ayuh semua anak muda kita turun berdemontrasi di KUALA LUMPUR pada 5 july 2008 bertempat di menara PETRONAS jam 3 petang.HIDUP RAKYAT!
BANDINGKAN
UAE– RM1.19/litreEygpt– RM1.03/litreBahrain– RM0.87/litreQatar– RM0.68/litreKuwait– RM0.67/litreSaudi Arabia– RM0.38/litreIran– RM0.35/litreNigeria– RM0.32/litreTurkmenistan– RM0.25/litreVenezuela– RM0.16/litreMALAYSIA– RM2.70/litre
Friday, June 6, 2008
PETROL
Saturday, May 17, 2008
TAHNIAH
Kami di AMK PADANG SERAI mengucapkan TAHNIAH kepada individu2 yang dilantik menjadi KETUA PEMUDA di peringkat negeri2,walaupun ada beberapa negeri ketua pemudanya di kekalkan diharap kepada semua yang di lantik dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang di berikan supaya dapat memimpin golongan pemuda di dalam PARTI KEADILAN RAKYAT.Tahniah juga di ucapkan kepada KETUA AMK PUSAT saudara SYAMSUL ISKANDAR kerana memimpin pemuda di dalam PARTI KEADILAN RAKYAT dengan jayanya.
Saturday, April 12, 2008
BLACK 14

Pidato pertama DATO SERI ANWAR IBRAHIM selepas pilihanraya akan di adakan pada 14 hb APRIL 2008,bertempat di KELAB SULTAN SULAIMAN,KG BARU .Program pada hari tersebut bertujuan untuk mengenang kembali peristiwa black 14 iaitu tarikh DATO SERI ANWAR IBRAHIM di jatuhkan hukuman penjara 6 tahun,dalam pada itu juga pada 14 hb APRIL 2008 ini telah berakhirnya tempoh sekatan untuk berpolitik keatas DATO SERI ANWAR IBRAHIM.Maka pada 15hb APRIL 2008 DATO SERI ANWAR IBRAHIM telah kembali ke persada politik tanah air.Pada malam 14 hb APRIL tersebut semua pimpinan parti akan hadir dan semua rakyat MALAYSIA di jemput hadir ke program tersebt.
Tuesday, April 8, 2008
TERIMA KASIH
Progaram CERAMAH PERDANA berjalan lancar dengan jayanya,Terima kasih di ucapkan kepada para petugas yang bertungkus lumus dari petang hingga ke program tamat sekitar jam 11.30 malam.Di dalam program ceramah perdana tersebut AHLI PARLIMEN PADANG SERAI YANG BERHORMAT GOBALAKRISNAN telah mengalungkan bunga malai kepada 15 orang petugas semasa pilihanraya baru2 ini,mereka 15 orang mewakili masyarakat dan UPU(UNIT PETI UNDI)sekitar padang serai di atas kesungguhan memenangkan KEADILAN RAKYAT di bumi PADANG SERAI.HIDUP RAKYAT.
Saturday, April 5, 2008
CERAMAH PERDANA
Ceramah perdana akan di adakan pada 6 hb APRIL 2008 bertempat MINI STADIUM KELADI(PARLIMEN PADANG SERAI).Penceramah terdiri daripada MENTERI BESAR USTAZ AZIZAN B ABD RAZAK,YANG BERHORMAT GOBALAKRISNAN(AHLI PARLIMEN PADANG SERAI) YANG BERHORMAT RADZI B SALLEH(ADUN LUNAS) YANG BERHORMAT USTAZAH AISYAH BT GHAZALI(ADUN MERBAU PULAS)serta penceramah daripada PARTI KEADILAN RAKYAT(PKR) DAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA(PAS).Ceramah perdana bermula 9.00 malam.Program anjuran AMK PADANG SERAI dan mendapat bantuan dari PARTI PAS.
Saturday, March 29, 2008
Sunday, March 9, 2008
IMPIAN MENJADI NYATA
Kejayaan parti PAS dan parti KEADILAN RAKYAT(PKR) menawan kedah memberi suatu harapan kepada rakyat KEDAH khususnya.Kejayaan KEDAH di rampas oleh PAS dan PKR,PULAU PINANG juga di ambil alih oleh DAP dan PKR.Manakala negeri PERAK dan SELANGOR PKR,DAP dan PAS juga berjaya di ambil daripada BARISAN NASIONAL.
Friday, February 22, 2008
SALAM REFORMASI
SALAM REFORMASI KEPADA SEMUA PARA PEJUANG,SELAMAT BEKERJA UNTUK PRU-12 AKAN DATANG.DI HARAP KITA SEBAGAI PEMUDA DAPAT BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI MEMASTIKAN BARISAN RAKYAT MENANG DALAM PRU 12 KALI INI. (HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA )
Thursday, February 7, 2008
TAKHZIAH
Takhziah di ucapkan kepada saudara JOHARI ABDUL(ABG JOE) dengan pemergian bapa beliau ke rahmatullah pada 6 hb FEB 2008.AL-FATIHAH.
Monday, February 4, 2008
TERDESAK
BARISAN NASIONAL khususnya parti UMNO kian terdesak untuk mengekang kemaraan parti pembangkang terutamanya parti Keadilan Rakyat(PKR).Pada 4 hb Febuari 2008 pihak MAJLIS PERBANDARAN KULIM telah mengeluarkan arahan supaya turunkan dahulu bendera PARTI KEADILAN RAKYAT atau dengan kata lain tidak mengizinkan bendera PARTI KEADILAN RAKYAT di letakkan di tepi jalan.Ini menunjukkan barisan nasional terasa terancam dengan kehadian bendera yg banyak terutamanya di bilik gerakkan Bandar Putra yg di ketuai oleh saudara K Saven terletak di tepi jalan utama ke pekan KULIM.Alasan yang di beri belum tiba masanya untuk berkempen...lihatlah betapa demokrasinya MALAYSIA.
Saturday, February 2, 2008
DUN PEDU
UCAPAN ALUAN
KONVOI
BILIK GERAKKAN BANDAR PUTRA
Saturday, January 26, 2008
CERAMAH UMUM
Friday, January 25, 2008
TAKZIAH
Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga allahyarham adnan benan setelah kembalinya beliau ke rahmatullah petang kelmarin.Kami AMK Pdg serai merasakan satu kehilangan yang besar kepada parti keadilan khusunya angkatan muda.Semoga roh baliau di tempatkan di kalangan orang yg bertaqwa...AL-FATIHAH
Wednesday, January 23, 2008
bekas ketua pemuda
Monday, January 21, 2008
sesi minum petang
Bengkel media dan penerangan
Friday, January 18, 2008
CERAMAH UMUM
Friday, January 11, 2008
Saturday, January 5, 2008
Bantal peluk
sebagai anak muda di malaysia memandang berat isu berkaitan dengan kekerapan perdana menteri malaysia iaitu pak lah selalu tertidur di dalam majlis rasmi...sama ada di dalam kongers umno pun pak lah ada tertidur...kita berharap perkara sebegini tidak berlaku lagi.banyak gambar yg menunjukkan pak lah tidur di dalam majlis2 rasmi,sebagai pemuda amat kecewa sekiranya perkara sebegini terus di lakukan oleh pak lah....untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara, seorang perdana menteri tak patut tidur di dalam majlis.kami di pdg serai menyokong tindakan saudara ckgu bad yg menyerahkan bantal kepada pak lah baru2 ini di pejabat perdana menteri........ayuh anak muda turunkan org yang suka tidur
Tuesday, January 1, 2008
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
Sempena kehadiran tahun 2008 ini semoga semangat perjuangan kita menentang ketidakadilan pemerintah kepada rakyat bawahan tetap teguh.Sokongan kita kepada dato' seri tak berbelah bagi mejadi ketua kepada kita semua....Tahun 2008 di harap menjadi tahun terakhir barisan nasional bernafas di malaysia...hidup rakyat
Subscribe to:
Posts (Atom)